Maut selepas samun, larikan MPV

Iklan
Nahas yang melibatkan tiga kenderaan di kilometer 20.5, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi.

JOHOR BAHRU - Seorang remaja lelaki maut manakala rakannya parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora yang dilarikan mereka terlibat dalam nahas jalan raya di Kilometer 20.5, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi kira-kira jam 7.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, sebelum nahas, kedua-dua suspek berusia 18 dan 22 tahun itu dipercayai terlibat dengan kejadian samun dan melarikan sebuah kereta Proton Exora di Taman Puteri Wangsa di sini kira-kira jam 7 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta jenis Proton Exora yang dipandu suspek berusia 18 tahun hilang kawalan seterusnya terbabas ke bahagian kanan jalan dan bertembung dengan kereta jenis Perodua Myvi dan Perodua Kelisa.

"Akibat kemalangan itu, suspek berusia 18 tahun itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan

"Seorang lagi suspek berusia 22 tahun yang juga penumpang mengalami pendarahan di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ismail berkata, hasil semakan mendapati suspek yang maut itu mempunyai tiga rekod lampau dan seorang lagi mempunyai tujuh rekod lampau.

Iklan

Katanya, tiga individu yang menaiki kereta Perodua Kelisa dan pemandu Perodua Myvi turut cedera.

"Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk rawatan lanjut.

"Kes kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.