RGL dan PCA permulaan yang baik

Iklan
Dayalan Seerabalan

JOHOR BAHRU - Pembukaan sempadan darat Malaysia-Singapura yang bermula hari ini melibatkan kemudahan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) dilihat satu permulaan yang baik kepada kedua-dua negara terbabit.

Pengerusi Task Force Pekerja Malaysia-Singapura, Dayalan Seerabalan berkata, situasi semasa yang menyaksikan penularan pandemik koronavirus (Covid-19) memerlukan kedua-dua kerajaan memantau mengikut operasi prosedur standard (SOP) yang ditetapkan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, berdasarkan laporan media, kadar jangkitan Covid-19 di Singapura pada masa kini agak membimbangkan dan sewajarnya Kerajaan Malaysia memberikan perhatian serius agar kes-kes import tidak berlaku selepas sempadan berkenaan dibuka.

"Sekiranya pembukaan sempadan menerusi kemudahan RGL dan PCA ini berjaya, jumlah orang ramai keluar masuk Singapura dan Malaysia mungkin boleh ditambah. Ia sekali gus memudahkan pekerja Malaysia yang berada di sana memandangkan mereka kini dilaporkan mahu pulang ke Malaysia berikutan kekangan kos hidup tinggi di Singapura," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Iklan

Dayalan berkata, pekerja Malaysia terutama dalam bidang yang bergaji rendah tidak mampu untuk terus tinggal di Singapura.

"Saya mendapat tahu, esok (hari ini) akan ada pekerja Malaysia yang akan masuk ke Singapura untuk terus bekerja. Tetapi jumlahnya tidak ramai. Malah ada yang menolak disebabkan perlu menanggung kos kuarantin, penginapan dan makan minum yang tinggi di sana," katanya.

Iklan