McPhee naik lagi podium

Iklan
McPhee di litar Red Bull Ring

Pelumba Moto3 Petronas Yamaha SRT, John McPhee yang berjaya menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Austria pada kedudukan ketiga hari ini, nyata gembira dengan pencapaian berkenaan dan berazam untuk meneruskan pencapaian terbaik pada perlumbaan akan datang.

McPhee berkata, dia mahu memastikan dapat menamatkan perlumbaan akan datang dengan menaiki podium sekali lagi dan seterusnya meraih mata bagi mengukuhkan kedudukan pasukan dalam senarai Kejohanan Dunia musim ini.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun menurut McPhee matlamat menaiki podium bukannya sesuatu yang mudah kerana hampir kesemua pelumba berazam untuk melakukannya apatah lagi dengan musim yang agak singkat kali ini dan menjadikan mereka (pelumba) sering menjadikan setiap perlumbaan sebagai perlumbaan yang terakhir musim ini.

"Menaiki podium adalah sesuatu yang cukup bermakna buat mana-mana pasukan dan saya sendiri gembira kerana berjaya menamatkan perlumbaan di Litar Red Bull Ring ini pada kedudukan ketiga.

Iklan

"Pada perlumbaan kali ini juga saya rasa bertuah kerana mendapat jentera yang baik dan mudah dikendalikan.

"Sebagai bukti saya berjaya melepasi pelumba-pelumba lain dengan mudah menggunakan jentera kali ini dan berharap kejayaan ini bakal berterusan pada perlumbaan minggu depan,” katanya sejurus tamat perlumbaan semalam.

Iklan

Sementara itu, seorang lagi pelumba Moto3 Petronas SRT Khairul Idham Pawi mengambil keputusan untuk tidak menamatkan perlumbaan kerana kerana masih mengalami masalah pada tangan kanannya berikutan kecederaan di jari tangan yang masih belum pulih sepenuhnya.

Katanya, keputusan untuk menarik diri daripada perlumbaan berkenaan adalah keputusan terbaik bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini kelak.

"Minggu ini saya banyak berdepan kesukaran, terutamanya merasakan sesuatu yang aneh pada jari saya yang cedera.

"Saya mahu menamatkan perlumbaan, tetapi saya tidak dapat ‘merasai’ tangan saya, jadi saya rasa lebih baik saya tidak meneruskan perlumbaan kali ini,” katanya.