UAE-Israel buka talian komunikasi

Iklan
Dewan Perbandaran di Tel Aviv menyalakan lampu mewakili warna bendera kebangsaan UAE selepas memeterai perjanjian damai dengan negara itu pada Khamis lalu. - Foto: AFP

TEL AVIV - Menteri Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Israel melakukan panggilan pertama mereka hari ini selepas negara Teluk itu membuka talian telefon kepada Tel Aviv sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk menormalkan hubungan diplomatik antara kedua-dua belah pihak.

Menerusi panggilan telefon tersebut, Gabi Ashkenazi memberitahu rakan sejawatannya di UAE, Sheikh Abdullah Zayed bahawa mereka bersetuju untuk bertemu tidak lama lagi tanpa menghiraukan kecaman negara Arab lain yang membantah perjanjian damai dimeterai pada Khamis lalu.

Iklan
Iklan

Kementerian Komunikasi Israel juga mendakwa penyedia perkhidmatan telekomunikasi di Abu Dhabi juga telah menarik balik sekatan ke atas kod nombor +972 di Tel Aviv.

"Banyak peluang ekonomi akan terbuka sekarang dan langkah membina kepercayaan ini sangat penting untuk memajukan kepentingan negara," ujar Menteri Komunikasi, Yoaz Hendel.

Iklan

Sementara itu, delegasi Israel dan UAE dijangka bertemu dalam tempoh beberapa minggu akan datang untuk memeterai perjanjian bilateral meliputi sektor pelaburan, pelancongan dan penerbangan secara terus serta pembukaan kedutaan secara timbal balik.

Semalam, perjanjian perniagaan pertama ditandatangani antara syarikat APEX National Investment di Abu Dhabi dan Tera Group di Israel yang akan bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan berkaitan koronavirus (Covid-19) termasuk ujian peralatan. - Agensi

Iklan