Rina kekal Ketua Srikandi Bersatu

Iklan
Rina Harun - Foto Bernama

KUALA LUMPUR- Keputusan pemilihan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini menyaksikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berjaya mempertahankan kedudukan sebagai ketua untuk penggal sehingga 2022.

Rina yang juga Ketua Bahagian Sepang menyandang jawatan ketua peringkat nasional itu sejak 2017.

Iklan
Iklan

Pada pemilihan kali ini, Rina menang tanpa bertanding selepas difahamkan tiga pencabarnya hilang kelayakan berikutan keahlian parti mereka digugurkan.

Rina sebelum ini dicabar Ketua Bersatu Bahagian Kepala Batas, Azlina Mehtab Mohd Ishak dan Timbalan Ketua Penerangan Srikandi, Datin Iza Ismail serta Ketua Srikandi Kuala Langat, Zuhuraina Makmur.

Iklan

Bagi jawatan Naib Ketua Srikandi pula dimenangi Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah, Datuk Mas Ermiyanti Samsudin apabila memperoleh 10,079 undi.

Pengerusi Tetap Srikandi disandang Datin Ida Harlina Ikhwan Nasi dan Ruhaya Mohamed Yusof selaku Timbalan Pengerusi Tetap serta 15 ahli jawatankuasa lain selesai dipilih dalam pemilihan tersebut.

Iklan

Semalam, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memenangi jawatan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu bagi menggantikan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Timbalan Ketua Armada Sabah, Ceasar Mandela Malakun pula dipilih sebagai Naib Ketua Armada.