CELCOM Xpax menawarkan akses Snapchat percuma selama tiga bulan kepada pelanggan baharu dan sedia ada sempena sambutan Hari Belia Antarabangsa pada 12 Ogos lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi berkata, tawaran dikenali sebagai Kempen Snapchat Celcom Xpax itu adalah kerjasama pihaknya dengan Snapchat dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk memperkasa belia Malaysia, sekali gus memberi mereka akses kepada dunia digital untuk menonjolkan kreativiti masing-masing.