Tiga pekerja warga asing ditahan

Iklan
Seorang lelaki warga asing ditahan dalam Ops Belanja di pasar raya sekitar Alor Setar.

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Kedah menahan tiga pekerja warga asing di sebuah pasar raya dalam Ops Belanja di sekitar Alor Setar, di sini semalam.

Pengarah Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, mereka ditahan dalam serbuan dilakukan sepasukan 11 pegawai imigresn daripada Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kedah diketuai Mohamad Rizal Ramli atas maklumat orang awam dan hasil risikan.

Iklan
Iklan

Katanya, pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas tiga warga asing yang bekerja di pasar raya tersebut dalam operasi bermula jam 10 pagi hingga 10 malam itu.

"Kita menahan ketiga-tiga warga asing terdiri daripada dua lelaki Bangladesh dan seorang lelaki Pakistan berusia antara 21 hingga 34 tahun.

Iklan

"Berdasarkan siasatan awal, mereka didapati telah melanggar Peruntukan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat-syarat pas lawatan dengan bekerja secara tidak sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zuhair berkata, ketiga-tiga warga asing ditahan di lokap Imigresen Bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Imigresen Belantik, Sik.

Iklan