Nelayan maut terhantuk kayu pancang pukat

Iklan
Mangsa maut cedera di kepala akibat terhantuk ketika menangkap ikan di kawasan Perairan Pulau Bunting awal pagi tadi.Gambar kecil: Mohd Radzi Che Omar.

ALOR SETAR - Seorang nelayan maut cedera di kepala akibat terhantuk pada kayu pancang pukat ketika menangkap ikan di perairan Pulau Bunting awal pagi tadi.

Pengarah Zon Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, sepasukan lima anggota bersama sebuah bot digerakkan ke lokasi lima batu nautika barat Pulau Bunting selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.25 pagi.

Iklan
Iklan

"Ketika tiba di lokasi tersebut, pasukan penyelamat mendapati mangsa Mohd Radzi Che Omar, 32, berasal dari Kampung Pintu Gerbang, Beruas Perak mengalami kecederaan di kepala dan tidak sedarkan diri.

"Tekong bot memberitahu mangsa terhantuk pada kayu pancang ketika sedang menaikkan pukat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dibawa ke jeti Feri Kuala Kedah di sini sebelum diserahkan kepada pegawai perubatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) yang tiba di jeti tersebut.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan telah meninggal dunia akibat kecederaan serius dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Iklan