PUTRAJAYA - Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menangguhkan sebarang perjalanan yang tidak penting ke Calayan di Cagayan, Filipina memandangkan situasi masih belum stabil ekoran gempa bumi yang melanda kawasan itu semalam.
Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan atau terkesan secara langsung akibat gempa bumi dengan kekuatan 5.5 pada skala Richter yang melanda kawasan Calayan itu semalam.