KUALA LUMPUR - Peguam yang mewakili seorang remaja lelaki yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh 23 pelajar dan guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, September 2017 lalu akan memfailkan rayuan terhadap kes tersebut.
Haijan berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan kepada mahkamah rayuan bermula hari ini dalam tempoh 14 hari dan akan mengikuti prosedur seperti yang ditetapkan mahkamah.
Ketika ditanya media reaksi anak guamnya selepas hukuman dijatuhkan terhadap remaja itu, Haijan berkata sudah tentunya sedih.