JEMPOL - Seramai 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Sepadu di sekitar daerah ini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Jempol Superitendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, mereka yang ditahan membabitkan 17 warga Indonesia, 9 warga Bangladesh, 5 warga Rohingya dan 1 warga Vietnam.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Mohd Khairiel Mohd Arif berkata, kesemua mereka ditahan selepas 103 diperiksa bermula jam 10.30 malam sehingga 5 pagi.
"Operasi bertujuan membanteras kebanjiran PATI selain mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) membabitkan warga asing,"katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.
Menurutnya, kesemua tangkapan ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c)Akta Imigresen dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.
Operasi membabitkan seramai 40 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol serta seramai 48 dari pelbagai agensi.