PRN Sabah 26 September, penamaan calon 12 September

Iklan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 September sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

KOTA KINABALU - [DIKEMASKINI] Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 September sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Tarikh penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan pula pada 12 September manakala pengundian awal ditetapkan pada 22 September.

Iklan
Iklan

Pengumuman dibuat oleh Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom dalam sidang medianya hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung PRN Sabah.

Dr Azmi berkata, terdapat 1.12 juta pengundi dan SPR menjangkakan lebih 70 peratus pengundi akan mengundi pada PRN Sabah ini.

Iklan

"Tempoh berkempen 14 hari bermula pengisytiharan calon yang bertanding, sehingga 25 September,” katanya.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan pada 30 Julai lepas bagi memberi laluan kepada PRN diadakan dalam tempoh 60 hari.

Iklan

Beliau berkata, seramai 30,540 petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRN Sabah, manakala 741 pusat mengundi merangkumi 2,540 saluran mengundi dan 56 pusat mengundi awal akan disediakan.

Katanya, permohonan undi pos luar dan dalam negara akan mula dibuka pada hari ini, dan akan ditutup masing-masing pada 3 September (luar negara) dan 11 September (dalam negara).

Beliau berkata, SPR telah melantik 73 pegawai pengurus pilihan raya dibantu oleh 193 penolong pegawai pengurus bagi menjalankan proses PRN Sabah, manakala bagi tujuan memantau aktiviti kempen, SPR menubuhkan 73 pasukan penguat kuasa kempen.

"Sebanyak 64 pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi akan digunakan kali ini," katanya.- Bernama