Akaun FB palsu guna nama ADUN Bukit Melawati

Iklan
Juwairiya memuat naik status di Facebook beliau berhubung akaun Facebook palsu yang menggunakan nama dan gambarnya.

KUALA SELANGOR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli kecewa apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab membuat akaun Facebook menggunakan nama dan gambar beliau.

Juwairiya berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap perbuatan berkenaan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, akaun Facebook palsu itu dikesan sejak 12 Ogos lalu.

"Sila berhati-hati dan laporkan kepada Facebook bahawa ia adalah akaun palsu," katanya yang memuat naik di Facebook rasmi beliau hari ini.

Iklan

Juwairiya berkata, pengendali Facebook lain juga diharap tidak ditipu pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan akaun palsu dan penyalahgunaan media sosial bagi tujuan tidak sepatutnya.

"Marilah bersama-sama membanteras berita palsu dan melawan fitnah. Mohor sebarkan kepada warganet yang lain," katanya.

Iklan