Ular berbisa dua kepala

Iklan
Reptilia bernama viper Russel jarang ditemui itu berukuran 11 sentimeter. - Foto The Sun

KALYAN - Seekor ular berbisa yang memiliki dua kepala ditemui oleh penduduk tempatan di daerah Kalyan, Maharashtra.

Reptilia dikenali sebagai Viper Russel yang jarang ditemui itu berukuran 11 sentimeter kini ditempatkan di bawah Jabatan Perhutanan untuk penyelidikan dan pemuliharaan, lapor The Sun.

Iklan
Iklan

Penangkap ular, Prem Aher mendakwa ular berkenaan paling berbisa di dunia dan disimpan di tempat selamat malah lokasinya dirahsiakan.

Pegawai Perkhidmatan Perhutanan India, Susanta Nanda berkata, berkemungkinan peluang untuk ular itu hidup lebih lama tipis.

Iklan

"Ular Viper Russell jauh lebih berbahaya daripada ular beracun. Saiz kepalanya sekitar 0.8 inci dan mempunyai naluri kuat untuk menangkap mangsa.

"Mangsa akan mengalami sakit di anggota badan, pening dan muntah sehingga racunnya boleh membuatkan kegagalan buah pinggang," katanya.

Iklan

Ular dua kepala itu juga saling berebut makanan dan salah satu kepala bersifat lebih dominan dan laju mencari mangsa.