Banjaran Sempurna Sdn Bhd yang mengambil alih restoran Don’s Warong merancang membuka lima lagi cawangan baharu restoran berkenaan dalam tempoh empat tahun dari sekarang.
Pengarah Urusannya, Datuk Sri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha syarikat tersebut untuk memfrancaiskan jenama restoran itu.
Sebagai permulaan, beliau berkata, pihaknya akan menumpukan kepada pasaran Lembah Klang dengan membuka kira-kira tiga cawangan dalam tempoh tiga tahun sebelum mengembangkannya ke Pulau Pinang dan Johor pada tahun berikutnya.
"Kita yakin kuasa pembelian di Lembah Klang lebih besar jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Atas sebab itu, kita merancang untuk membuka tiga cawangan lagi di sini.
"Kami akan memperkenalkan konsep francais untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda yang baharu menamatkan pengajian,” katanya pada Majlis Pelancaran Don’s Warong di Taman Sri Hartamas, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Majlis disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid.
Don’s Warong yang memulakan operasi sejak sembilan tahun lalu sebelum ini dimiliki oleh Sky Retail Sdn Bhd.
Bagaimanapun, operasi restoran berkenaan telah diambil alih oleh Banjaran Sempurna pada 1 Julai lepas.
Sejurus mengambil alih restoran itu, Megat D Shahriman berkata, pihaknya telah membuat rombakan ke atas Don’s Warong secara menyeluruh termasuk memperkenalkan menu baharu.
"Kami telah memperkenalkan tujuh menu baharu daripada 52 menu yang ditawarkan antaranya ialah nasi goreng kambing, nasi putih kambing bakar, burger daging, nasi goreng udang warong dan lontong bonda.
"Justeru, saya ingin mengajak semua warga Lembah Klang untuk datang ke restoran kami yang turut menyediakan pengalaman suasana menikmati hidangan dalam keadaan yang selesa,” katanya.