EU sedia tangguh tarikh akhir Brexit

Iklan
Sebastian Kurz

DAVOS - SWITZERLAND. Canselor Austria, Sebastian Kurz memberitahu Kesatuan Eropah (EU) bersedia untuk menangguhkan keputusan Britain untuk keluar dari blok itu kepada dua bulan lagi.

Menurutnya yang memegang jawatan presiden blok itu ketika rundingan Brexit pada tahun lalu, EU lebih suka untuk melanjutkan tempoh keanggotaan Britain yang dijadualkan tamat tempoh pada 29 Mac depan.

Iklan
Iklan

"Kami sedia tangguhkan keputusan itu sehingga Pilihan Raya Parlimen Eropah pada Mei depan. Keputusan penangguhan itu adalah untuk membolehkan kedua-dua belah pihak mencapai kompromi lebih baik dalam syarat perpisahan dan hubungan yang akan berlangsung pada masa depan.

"Ini bertujuan untuk mengelakkan waktu sukar untuk Brexit, namun ia hanya boleh dilaksanakan jika Britain juga bersetuju dengan cadangan tersebut," ujarnya ketika berucap dalam Forum Ekonomi Sedunia di Davos.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu dikeluarkan di tengah-tengah gesaan yang semakin meningkat di Britain yang mendesak Perdana Menteri, Theresa May melanjutkan Artikel 50 Perjanjian Lisbon yang membenarkan Britain meninggalkan EU untuk membolehkan Parlimen dan kerajaan mencapai konsensus tentang Brexit. - Press TV