Gergasi La Liga, Barcelona mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan pengendali kelab itu, Quique Setien berikutan kekalahan mengaibkan 8-2 kepada Bayern Munich di suku akhir Liga Juara-Juara baru-baru ini.
Menurut jurucakap kelab:"Ini adalah keputusan pertama dalam penyusunan semula skuad senior utama yang akan diselaraskan setiausaha teknikal kelab dengan bakal pengendali yang akan diumumkan dalam masa terdekat."
Iklan
Iklan
Setien bekas pengendali Real Betis berusia 61 tahun itu sebelum ini hadir ke Nou Camp dengan kontrak sehingga Jun 2022 mengantikan Ernesto Valverde pada Januari lalu.
Bagaimanapun Setien gagal memberikan impak kepada skuad dibarisi pemain berstatus bintang itu apabila terlepas status kejuaraan La Liga kepada seteru utama Real Madrid setelah mengakhiri saingan pada kedudukan kedua.
Tambah memburukkan lagi situasi adalah apabila gol Barcelona dibolosi lapan kali ketika tunduk kepada Bayern Munich yang merupakan detik paling gelap dalam sejarah 120 tahun kelab itu sekali gus melabuh tirai musim ini tanpa sebarang kejuaraan.
Bekas pemain Barcelona dan pengurus Belanda ketika ini, Ronald Koeman dilaporkan antara calon mengisi kekosongan di kelab itu.
Artikel Berkaitan