BAITULMUQADDIS - Seorang lelaki yang menikam seorang pegawai polis semalam di Bandar Lama Baitulmuqaddis ditembak mati oleh pasukan keselamatan Israel, kata polis.
Penyerang itu telah ditembak mati dan anggota polis itu mengalami kecederaan ringan, ujar seorang jurucakap polis, Micky Rosenfeld kepada AFP.
Iklan
Iklan
Beberapa saksi berkata, mereka melihat seorang lelaki dipercayai penyerang itu terbaring dengan badannya dilumuri dengan darah selepas insiden tersebut.
Anggota polis itu yang berusia 19 tahun ditikam di bahagian dada tetapi dia masih sedarkan diri, kata satu kenyataan daripada Hospital Hadassa di Baitulmuqaddis.
Seorang wanita yang berada berhampiran dengan tempat kejadian mengalami kecederaan ringan akibat terkena tembakan polis, menurut kenyataan daripada pihak berkuasa. - AFP