KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini menjelaskan kekeliruan yang berlaku semalam apabila beliau meninggalkan persidangan selepas menempohkan mesyuarat Dewan Rakyat selama 10 minit sebelum pengundian belah bahagian dilakukan.
Azhar menegaskan pada 11 Ogos lepas, beliau telah memasyhurkan untuk memberi masa secukupnya kepada ahli Parlimen untuk hadir ke Dewan Rakyat ketika proses undi belah bahagian dijalankan dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 serta jarak antara blok Parlimen dan blok pentadbiran.