Padah cuba sogok pegawai AADK

Iklan
Tertuduh, Fong Chin Lon, 46, tenang ketika berada di luar mahkamah selepas mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah.

ALOR SETAR - Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini selepas mengaku salah memberi rasuah sebanyak RM500 kepada pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah, dua tahun lalu.

Hakim Murtazadi Amran menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Fong Chin Lon, 46, mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapkan ke atasnya.

Iklan
Iklan

Murtazadi turut memerintahkan tertuduh menjalani 12 bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Bagaimanapun, tertuduh yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan dadah bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak membayar denda tersebut.

Iklan

Mengikut kertas pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa memberi suapan wang tunai RM500 kepada Timbalan Pengarah Kanan Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Kedah sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan ke atas tertuduh yang disyaki melakukan kesalahan bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam sebuah van Toyota Hiace di hadapan Masjid Zahir sekitar jam 1.10 pagi, 10 Ogos 2018.

Iklan

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Tan Sew Ping manakala tertuduh tidak diwakili peguam.