PENGENDALI RB Leipzig, Julian Nagelsmann tidak hanya akan berdepan dengan Paris Saint-Germain (PSG) di pentas separuh akhir Liga Juara-Juara awal pagi esok tetapi juga pengurus kelab gergasi Perancis itu, Thomas Tuchel yang menjadi pencetus kepada perkembangan kariernya sejak 12 tahun lalu.
"Ya, sudah tentu saya merupakan bekas pemainnya tetapi itu kisah bertahun-tahun lalu. Sekarang tugas saya adalah melatih pemain-pemain sama juga seperti Tuchel bagi menghadapi fasa penting Liga Juara-Juara kali ini.