'Malaysia dalam landasan betul'

Iklan
Tan Sri Dr Munir Majid

GEORGE TOWN - Kedudukan ekonomi negara pasca PRU14 disifatkan berada di landasan yang betul, kata Pengerusi Institut Penyelidikan CIMB ASEAN (CARI), Tan Sri Dr Munir Majid, hari ini.

Katanya hal ini dinilai berdasarkan statistik fiskal yang dikeluarkan oleh kerajaan PH melalui Kementerian Kewangan yang dilihatnya lebih telus dan tepat setelah sembilan bulan memegang tampuk pemerintahan negara.

Iklan
Iklan

"Kerajaan hari ini telah memberi harapan besar bahawa negara kini tidak lagi akan terlibat dalam salah laku membabitkan rasuah, keruntuhan institusi-institusi perundangan dan juga parlimen,” katanya selepas melancarkan buku 'Views From Pulau Pinang: Countering Modern Orientalism and Policy Perspectives’ di sini.

Beliau berkata rakyat seharusnya memberi peluang kepada kerajaan yang kini giat berusaha untuk membangunkan negara dari segi penstrukturan semula pentadbiran secara berperingkat-peringkat.

Iklan

"Kerajaan dilihat telah mengambil pendekatan kesederhanaan untuk membangkitkan Malaysia pada landasan yang betul...beri mereka masa...tapi tidak terlalu lama...kerana di dunia (negara-negara lain) sekarang sedang berlumba-lumba untuk meningkatkan ekonomi masing-masing,” katanya.

Sementara itu, pengarang buku 'Views From Pulau Pinang: Countering Modern Orientalism and Policy Perspectives’ Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata buku tersebut menekankan peranan ahli akademik dalam mengkaji isu sosial dari pelbagai perspektif.

Iklan

"Kajian ini merangkumi perdebatan konsep dan teori sosial dan politik serta bagaimana ahli akademik itu sendiri menilai norma dan budaya masyarakat,” katanya yang juga pensyarah Pusat Penyelidikan Dasar Kajian Antarabangsa (CENPRIS), Universiti Sains Malaysia (USM).

Dua orang lagi penulis bersama buku tersebut, Pengarah CENPRIS, Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk dan pensyarah Pusat Pengajian Seni USM, Datuk Dr Mohamed Ghouse Nasaruddin turut hadir pada majlis pelancaran buku setebal 103 muka surat itu yang sudah berada di pasaran dengan harga RM25 senaskah. - Bernama