Jurusolek curi kosmetik dijel, denda

Iklan

KUALA LUMPUR - Seorang jurusolek sambilan dihukum penjara dua hari dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencuri barangan kosmetik dan penjagaan kulit di kedai produk kesihatan dan kecantikan, Watsons.

Majistret Tawfiq Affandy Chin memerintahkan Suriani Misni, 36, menjalani hukuman itu bermula hari ini dan jika gagal membayar denda, dia boleh dipenjara tujuh hari lagi.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, Suriani didakwa mencuri gincu jenama Peri Pera, masker Clinelle Clay Mask, krim muka Aquacapsule dan pensel kening Rimmel bernilai RM151.60 milik Watson Sdn Bhd di Watsons, Times Square di Jalan Bukit Bintang, di sini pada 7.48 malam, 15 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran manakala wanita itu yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan. - Bernama