Bersatu sertai Muafakat Nasional sebagai 'satu gabungan besar'

Iklan
Mohd Redzuan

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan parti itu tidak berhasrat menyertai Muafakat Nasional, namun mendukungnya sebagai gabungan besar atau the grand coalition bersama Perikatan Nasional (PN).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, sehingga kini perkara tersebut belum dimuktamadkan dan mengesahkan MN hanyalah sebuah gabungan bagi membincangkan kaedah terbaik dalam melancarkan pergerakan PN.

Iklan
Iklan

"Belum lagi memuktamadkan segala perbincangan. Adakah MN sebagai parti politik berdaftar? Tidak, cuma satu gabungan untuk berbincang apakah kaedah baik untuk lestarikan PN yang dalam proses pendaftaran untuk diluluskan.

"Kita rancang strategi supaya sekiranya berlaku PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15) yang kita tidak tahu bila akan berlangsung, namun cita-cita kita ialah untuk mewujudkan grand coalition bersama MN.

Iklan

"Apa yang lakukan ini agar rakyat nampak kita merupakan landskap politik Malaysia ke arah lebih baik," katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Beliau berkata, Bersatu mahu mewujudkan gabungan bersama UMNO dan Pas bagi membetulkan semula politik negara ini bagi menarik minat rakyat khususnya orang muda terhadap politik.

Iklan

"Satu idealisme baharu perlu dilakukan bukan sahaja bagi menambah baik penstrukturan kerajaan berbanding kerajaan terdahulu tetapi memperkemaskan politik negara berdasarkan 'rule of law' (keluhuran undang-undang) yang akan dinilai sendiri oleh rakyat di negara ini.

"Walaupun ramai kata kita punca kejatuhan Pakatan Harapan (PH), namun jawapan sebenar ialah kita hadapi banyak cabaran bersama mereka.

"Jadi, kita ambil pendekatan mahu bermuafakat pergerakan politik lama untuk membawa nilai dan pendapat baharu dari sudut membentuk kerajaan lebih tulus dan berintegriti,”katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut menjelaskan bahawa tidak timbul isu Bersatu mengkhianati asas penubuhan parti itu, sebaliknya memastikan kebajikan rakyat lebih terjamin berbanding pentadbiran kerajaan sebelum ini.

"Walaupun hala tuju sama namun cara kita berbeza. Sebagai contoh, ada perpecahan (keluar parti) kata Bersatu pecah tetapi sebenarnya matlamat mungkin sama tetapi berbeza di mana ada yang membawa haluan sendiri.

"Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melaksanakan tugasnya dengan sangat baik dan mendapat sokongan daripada rakyat.

"Ini merupakan petanda positif dan ada juga dalam kalangan pemimpin mahukan Muhyiddin terus kekal menjadi Perdana Menteri," katanya.