Teresa dakwa menteri pulang dari Turki tidak jalani kuarantin

Iklan
Teresa Kok dan Khairuddin

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mendakwa Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali tidak menjalani kuarantin selepas pulang dari luar negara.

Beliau yang juga bekas Menteri Perindustrian Utama berkata, Khairuddin pada Julai lalu berkunjung ke Turki dan kini telah melakukan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Iklan
Iklan

"Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi pergi ke Turki pada 3 hingga 7 Julai tetapi pada 13 Julai beliau datang ke Parlimen.

"Kita tahu semua orang yang berkunjung ke luar negara harus dikuarantin selama 14 hari (selepas pulang). Sekarang ni ada menteri kabinet tidak ikut (peraturan yang ditetapkan)," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Iklan

Pada 21 Julai lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan semula arahan kuarantin wajib kepada mereka yang memasuki Malaysia.

Keputusan berkenaan dibuat susulan peningkatan kes positif dalam kalangan kumpulan yang pulang dari luar negara.

Iklan