Panda gergasi bunting di Zoo Washington

Iklan
Gambar fail menunjukkan panda gergasi Mei Xiang di Zoo Washington, Amerika Syarikat. - Foto AFP

WASHINGTON - Seekor panda gergasi, Mei Xiang yang kini bunting mungkin akan melahirkan anak dalam tempoh beberapa hari, umum Zoo Kebangsaan di Washington semalam.

Ia berkata, satu janin dikesan oleh doktor haiwan ketika ujian ultrabunyi dilakukan ke atas panda yang berusia 22 tahun itu.

Iklan
Iklan

"Janin itu menendang dan berenang dalam cecair amnion dan tulang serta darah yang mengalir jelas kelihatan," tambah zoo tersebut.

"Kami berharap akan memperoleh seekor anak panda yang sihat dalam tempoh beberapa hari," menurut kenyataan itu lagi.

Iklan

Ketua doktor haiwan di zoo itu, Don Neiffer berkata:"Di tengah-tengah satu pandemik, ini (Mei Xiang bunting) merupakan detik-detik kegembiraan yang kita semua berasa teruja."

Mei Xiang terlibat dalam proses menginseminasi melalui semen yang dibekukan daripada seekor panda jantan, Tian Tian pada 22 Mac lalu.

Iklan

Haiwan betina itu sebelum ini telah melahirkan tiga ekor anak yang kesemuanya dihantar ke China di bawah perjanjian pembiakan bersama dengan Beijing.

China meminjamkan haiwan itu ke seluruh dunia iaitu satu program yang dikenali sebagai 'diplomasi panda.' - AFP