DBKL tutup tiga kedai runcit milik warga asing

Iklan
Penguat kuasa DBKL selesai menampal notis penutupan disalah satu kedai yang dikenakan tindakan selepas dikendalikan oleh warga asing.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneruskan tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran hari ini.

DBKL menerusi kenyataan di Facebook rasminya memaklumkan, sebanyak tiga kedai runcit di sekitar Kampong Chubadak, Sentul dikesan beroperasi tanpa lesen dan dikendalikan warga asing.

Iklan
Iklan

"Kesalahan itu dikesan hasil aduan awam yang diterima melalui Pusat Panggilan Setempat DBKL sebelum siasatan lanjut dijalankan.

"Petugas mengambil tindakan mengeluarkan notis kompaun dan penutupan di semua kedai tersebut," kata kenyataan itu sebagai dipetik.

Iklan

Kenyataan sama menyebut, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti perniagaan oleh warga asing diminta menyalurkan aduan ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke pejabat cawangan DBKL.

Terdahulu, DBKL mempergiatkan penguatkuasaan terhadap aktiviti penjajaan dan perniagaan oleh warga asing selaras dengan arahan Datuk Bandar, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan untuk menggunapakai undang-undang kecil sedia ada bagi mengatasi isu kebanjiran warga asing di ibu kota.

Iklan