Sasar sejuta pemegang polisi Allianz Motorcycle Plus

Iklan
Linda

ALIANZ General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) menyasarkan sejuta pemegang polisi Allianz Motorcycle Plus akan dimiliki oleh penunggang motosikal di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pengurusan Jualannya, Linda Lor berkata, Allianz General optimis jumlah itu akan dicapai berikutan sebanyak 720,000 pemegang polisi berkenaan telah dijual sejak diperkenalkan sehingga Mei 2020.

Iklan
Iklan

"Sasaran itu juga dipacu oleh strategi syarikat yang agresif mempromosikan polisi berkenaan sejak dilancarkan pada Mei lalu di Pos Malaysia Berhad kerana kebanyakan penunggang motosikal memperbaharui cukai jalan di sana.

"Selain itu, mereka juga boleh menghubungi lebih 7,000 ejen kami yang terdapat di seluruh negara,” katanya kepada Bisnes Sinar.

Iklan

Katanya, penularan koronavirus (Covid-19) turut mendorong kepada penambahan jualan polisi berkenaan kerana kebanyakan rakyat Malaysia menyedari kepentingan keselamatan mereka.

"Insurans motosikal tradisional hanya menanggung kenderaan sekiranya berlaku kemalangan atau kecurian ke atas motosikal sahaja.

Iklan

"Kecederaan ke atas penunggang atau tuan empunya motosikal dikecualikan perlindungannya daripada insurans motosikal tradisional,” katanya.

Beliau berkata, kebiasaannya, pemilik kenderaan membeli insurans hanya untuk memperbaharui cukai jalan tetapi Allianz Motosikal Plus membezakan perlindungannya dengan insurans motosikal tradisional.

"Allianz General memberi perlindungan tambahan dengan percuma atau tanpa bayaran premium tambahan ke atas empunya motosikal, contohnya perlindungan kemalangan ke atas penunggang sebanyak RM5,000 jika meninggal dunia atau hilang upaya kekal.

"Pelanggan juga akan menerima pendapatan jika penunggang dimasukkan ke hospital akibat kemalangan yang berlaku dan pampasannya sebanyak RM50 sehari sehingga 60 hari selain perlindungan bencana alam seperti banjir, taufan, tanah runtuh dan sebagainya turut diberikan,” katanya.

Jelasnya, perlindungan tambahan tanpa bayaran premium tambahan ditawarkan kepada pelanggan kerana pihaknya mahu menyediakan perlindungan yang efisien dan membawa perubahan dalam kehidupan rakyat Malaysia.

"Kami mahu menolong rakyat Malaysia meneruskan kehidupan harian mereka sekiranya mereka terlibat dalam kemalangan.

"Dengan perlindungan tambahan ini, kami berharap dapat meringankan beban keluarga penunggang motosikal untuk meneruskan kehidupan harian mereka,” katanya.

Bagaimanapun, Linda berkata, polisi berkenaan hanya melindungi pemilik yang menunggang motosikal berkuasa 245 cc ke bawah.

"Ini kerana statistik keselamatan jalan raya JKJR 2018 melaporkan kira kira 13.6 juta buah motosikal di jalan raya, bersamaan dengan 46 peratus pengguna jalan raya.

"Laporan ini juga mendedahkan bahawa motosikal merupakan penyebab utama kemalangan maut dengan umlah 3,179 kematian,” katanya.