Covid-19: UK wujudkan institusi baharu perangi wabak

Iklan
Seorang pekerja memicit cecair pembasmi kuman hand sanitizer kepada penumpang di Waterloo Station di London. - Foto AFP

LONDON - Kerajaan United Kingdom (UK) semalam mengumumkan perubahan dasar kesihatan awam dengan sebuah institusi baharu untuk memberi tumpuan kepada penyakit berjangkit selepas ancaman wabak koronavirus (Covid-19).

Kesihatan Awam England (PHE), sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk keadaan darurat kesihatan di England dan isu-isu seperti merokok serta obesiti dibubarkan.

Iklan
Iklan

Sebagai gantinya, Institut Kebangsaan untuk Perlindungan Kesihatan akan memfokuskan kepada penyakit berjangkit dan ancaman luaran termasuk daripada senjata biologi.

Ia akan mengendalikan hal-hal berkaitan kecemasan, wabak tempatan, ujian dan pengesanan kontak serta penyelarasan analisis, pengawasan dan penyelidikan.

Iklan

Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock berkata, institut itu akan memulakan tugasnya serta merta.

"Ketakutan terbesar saya adalah selesema baharu atau amaran kesihatan lain mengancam negara ketika di tengah-tengah pertempuran melawan Covid-19.

Iklan

"Sistem itu akan belajar dari Korea Selatan dan Robert Koch Institute di Jerman di mana agensi perlindungan kesihatan mereka mempunyai fokus utama terhadap tindak balas pandemik," katanya.

Sama seperti UK berusaha untuk mempersiapkan diri menghadapi risiko yang jarang berlaku tetapi dahsyat seperti keganasan dan kejutan kewangan, Hancock berkata ia mesti bersedia serta berwaspada terhadap caabarab seperti wabak.

Pengkritik bagaimanapun menuduh kerajaan menjadikan PHE sebagai kambing hitam apabila menyaksikan kekurangan alat ujian dan perlindungan pada beberapa minggu terawal.

"Ini bukan rancangan yang disusun untuk kesihatan awam, sebaliknya ia adalah usaha politik yang terdesak untuk mengalihkan kesalahan," kata jurucakap kesihatan untuk parti pembangkang Parti Buruh, Jon Ashworth.

Meskipun secara langsung menggantikan PHE, namun institut baharu tersebut akan berfungsi di seluruh UK termasuk Scotland, Wales dan Ireland Utara.

Setakat hari ini, lebih 41,000 orang maut di UK, paling teruk di Eropah dan negara itumasij bergelut untuk melaksanakan sistem ujian serta pengesanan yang berkesan. - AFP