KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin amat menghargai sokongan dan dukungan yang diberikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ahli Parlimen Pas kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Menerusi catatan yang dimuat naik menerusi Facebook rasminya, Muhyiddin memaklumkan, beliau hari ini menghadiri sesi ramah mesra bersama ahli Dewan Rakyat dan Senator Pas di Parlimen.