KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada jam 6.29 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku pada kedudukan 131 kilometer barat daya dari Bengkulu, Indonesia dengan kedalaman 84 kilometer.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. - Bernama