IPU Paras Sederhana

Iklan
Barisan pelumba berbasikal profesional dari Team Sapura Cycling menjalani latihan ringan sambil membawa Jalur Gemilang dengan berlatar belakang ruang udara pusat bandar Kuala Lumpur yang diliputi jerebu ketika tinjauan di Changkat Tunku, Kuala Lumpur, hari ini. Indeks Pencemaran Udara (IPU) ketika gambar ini dirakam pada 9 pagi tadi berada pada paras sederhana iaitu 60. Baru-baru ini Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan asap debu kesan letusan gunung berapi Sinabung di Indonesia dijangka akan memasuki ruang udara Malaysia. - Foto Bernama