3 tekong bersama 9 PATI dicekup

Iklan
Pati yang ditahan pihak berkuasa dekat Bandar Penawar, kelmarin.

KOTA TINGGI - Tiga tekong bersama sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan ketika cuba keluar dari negara ini melalui jalan laut, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kesemua mereka yang terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita berumur 27 hingga 35 tahun ditahan ketika sedang menunggu bot di tepi jalan hutan berdekatan kawasan Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam serbuan pada jam 8 malam itu polis merampas merampas 17 telefon bimbit pelbagai jenama dan sebuah lori dipercayai untuk membawa PATI berkenaan ke kawasan perkampungan.

"Tekong berkenaan dipercayai terlibat dengan penyeludupan migran membawa masuk dan keluar warga Indonesia ke Malaysia.

Iklan

"Mereka dipercayai terlibat sindiket Geng Barath yang melakukan kegiatan penyeludupan Migran di kawasan Bandar Penawar, Kota Tinggi," katanya," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hussin memberitahu, suspek direman selama 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) manakala kesemua Pati direman selama 14 hari sehingga 31 Ogos.

Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 26A Atipsom 2007 dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.