Jalur Gemilang

Iklan
Peniaga kedai makan Wan Rahimi Wan Mokhtar, 58, membawa wau bulan Jalur Gemilang untuk menghias kedainya menjelang sambutan Hari Kebangsaan ketika tinjauan di Kampung Peramu, Kuantan, hari ini. Saban tahun Wan Rahimi atau lebih popular dengan nama jolokan 'Mie Merdeka' dalam kalangan penduduk setempat tidak pernah lokek berbelanja untuk menghiasi rumah kedainya itu bagi meningkatkan semangat patriotik pada dirinya sendiri dan pelanggan seterusnya menghargai erti 63 tahun usia kemerdekaan negara. - Foto Bernama