Taufan Higos landa Guangdong, China

Iklan
Dengan kekuatan angin maksimum 35 meter sesaat, Higos membadai kawasan pesisir pantai daerah Jinwan sekitar jam 6 pagi.

GUANGZHOU - Taufan Higos yang ketujuh tahun ini melanda bandar Zhuhai, wilayah Guangdong selatan China pada pagi ini, kata pihak berkuasa meteorologi tempatan.

Dengan kekuatan angin maksimum 35 meter sesaat, Higos membadai kawasan pesisir pantai daerah Jinwan sekitar jam 6 pagi.

Iklan
Iklan

Bandar Zhuhai telah memulakan tindak balas kecemasan Tahap Satu, lapor agensi berita Xinhua.

Semua institusi pentadbiran awam, perusahaan dan kawasan yang menyediakan perkhidmatan awam di Zhuhai menangguhkan operasi mereka. Tempat perlindungan sementara untuk orang ramai juga sudah dibuka.

Iklan

Beberapa pelabuhan yang menghubungkan Zhuhai, Macao dan Hong Kong turut menghentikan perkhidmatan keluar dan masuk.

Bandar Jiangmen dan Zhongshan yang berdekatan juga menangguhkan persekolahan, lebih 3,300 nelayan di bandar Yangjiang naik semula ke darat manakala hampir 1,400 orang yang berada di kawasan berisiko dipindahkan. - Bernama

Iklan