MIAMI - AMERIKA SYARIKAT. Tidak kira dalam apa jua situasi, tiada individu yang suka apabila ditegur tentang bau badan mereka.
Tetapi, ia berlaku pada pasangan suami isteri ini yang dimalukan dan turut diusir dari pesawat American Airlines.
Menurut perunding perniagaan, Yossin Adler, 36, dan isterinya, Jennie, kakitangan di Lapangan Antarabangsa Miami mengarahkan pasangan itu bersama anak perempuan mereka berusia 19 bulan untuk keluar dari pesawat atas alasan 'bau badan busuk'.
Ketika kejadian pada Rabu lalu, keluarga terbabit mahu mengambil penerbangan tersebut untuk pulang ke rumah mereka di Detroit.
Namun, rancangan itu tergendala kerana ada penumpang yang membuat aduan tentang bau busuk badan mereka.
Isterinya yang keliru dengan insiden itu turut bertanyakan perkara itu kepada individu lain di lapangan terbang terbabit tentang 'bau busuk' itu.
Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu memaklumkan,tindakan itu dibuat selepas beberapa penumpang mengadu tentang bau badan mereka.
"Kami telah menempah hotel selain memberikan baucar makanan kepada mereka. Mereka menaiki pesawat keesokan harinya," jelas American Airlines dalam satu kenyataan. - The Mirror