Mengaku tidak salah cederakan anak tiri

Iklan
Tertuduh dibawa oleh anggota polis keluar dari kompleks Mahkamah Alor Gajah, hari ini.

ALOR GAJAH - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Gajah di sini, atas tuduhan mengabai dan mencederakan anak tiri perempuan di bawah jagaannya, dua tahun lalu.

Tertuduh berusia 36 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, dia didakwa sebagai penjaga kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun, mengabai dan mendedahkan kanak-kanak terbabit kepada kecederaan fizikal kira-kira jam 8.30 pagi pada Januari 2018 hingga 15 Januari 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntuk hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-dua sekali.

Iklan

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Nizam mencadangkan kepada mahkamah untuk tidak membenarkan jaminan kepada tertuduh atas faktor keselamatan mangsa yang mempunyai pertalian hubungan.

Difahamkan tertuduh mencucuh rokok ke badan anak tirinya itu namun mendakwa luka terbabit hanya kesan kudis. Namun pemeriksaan doktor mendapati luka terbabit bukan kudis dan dipercayai ada kaitan dengan penderaan.

Iklan

Tertuduh tidak diwakili peguam, tidak membuat rayuan terhadap mitigasi yang dikatakan Timbalan Pendakwa Raya itu.

Ahmad Sazali kemudian memerintahkan 25 Februari depan untuk sebutan semula kes dan tertuduh tidak ditawar jamin.