Kerajaan dijangka pinda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010

Iklan
Abdul Kadir

SEPANG - Kerajaan dijangka membentangkan pindaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 pada sesi Parlimen akan datang.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitian), Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pihaknya telah mencadangkan hukuman lebih berat ke atas pemburu haram.

Iklan
Iklan

"Kita telah mencadangkan hukuman denda maksimum RM1 juta dan penjara 15 tahun dalam pindaan akta berkenaan yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada hujung tahun ini," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah, di sini hari ini.

Abdul Kadir berkata, pihaknya juga akan mengkaji hukuman sebat terhadap pemburu haram.

Iklan

"Kita sedang mengkaji hukuman itu, kita juga percaya hukuman berkenaan adalah salah satu cara untuk mencegah aktiviti pemburuan haram," katanya.

Dalam perkembangan sama, Abdul Kadir memaklumkan pihaknya telah membuka 36 kertas siasatan sepanjang Operasi Bersepadu Khazanah pada tahun lalu.

Iklan

"Ia melibatkan 82 pesalah jenayah, kita juga telah berjaya memusnahkan 460 jerat yang digunakan pemburu haram," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 12 operasi dan 43 kertas siasatan telah dibuka atas pelbagai kesalahan sejak awal tahun hingga bulan ini.

"Ia melibatkan 86 individu yang terdiri daripada warga tempatan, Indonesia, Kemboja, Vietnam dan Sudan telah ditahan dan disiasat.

"Jumlah keseluruhan nilai sitaan pula adalah sebanyak RM1,368,000," katanya.

Abdul Kadir berkata, sebanyak enam kes sedang dalam proses pertuduhan dan bicara di mahkamah.

"Sebanyak empat kes pula telah selesai pertuduhan manakala 33 kes lagi dalam peringkat siasatan lanjut, dokumentasi dan laporan DNA," katanya.