Jakoa arah turun papan tanda projek

Iklan

CAMERON HIGHLANDS - Papan tanda projek yang dipasang di tiga perkampungan Orang Asli di sini adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Datuk Ajis Sitin berkata, pihaknya telah mengeluarkan arahan serta-merta kepada kontraktor untuk menurunkan papan tanda yang tidak sepatutnya dinaikkan tersebut.

Iklan
Iklan

"Jakoa mengambil kesempatan untuk memohon maaf berkenaan perkara tersebut dan akan memastikan perkara sedemikian tidak berlaku pada masa akan datang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu sebagai maklum balas kepada laporan Malaysiakini bertajuk 'On eve of polling, project signboards appear at Orang Asli villages'.

Iklan

Menurut laporan portal berkenaan, muncul papan tanda mengenai projek pembangunan Jakoa di beberapa kampung masyarakat berkenaan pada hari terakhir kempen.

Papan tanda itu berlogo Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan lambang"Harapan Baru Malaysia" itu didirikan di Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Chohong, Lembah Bertam.

Iklan