12 hari dalam lubang: Penyelamat guna peledak kesan budak

Iklan
Usaha anggota penyelamat untuk menyelamatkan Julen. - Foto El Pais

MALAGA - SEPANYOL. Usaha menyelamat seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang jatuh ke dalam sebuah perigi sempit berkedalaman melebihi 100 meter sejak 12 hari lalu memasuki fasa terakhir dan berbahaya hari ini.

Pasukan penyelamat menggunakan bahan peledak dalam usaha mengakses ruang sempit di mana budak terbabit dipercayai terperangkap.

Iklan
Iklan

Budak berkenaan, Julen Rosello, jatuh ketika keluarganya bersiar-siar di kediaman persendirian di Totalan, Malaga, pada 13 Januari lalu.

Tiada petunjuk Julen masih hidup.

Iklan

Lebih daripada 100 anggota penyelamat dikerah bagi mengesan Julen, tetapi mereka mendapati perigi sedalam 100 meter dan cuma 25 sentimeter luas, dihalang dengan tanah, meningkatkan kebimbangan ia menimbus kanak-kanak itu.

Lubang sempit tempat Julen dipercayai terjatuh

Kerja-kerja pengerudian bagi memudahkan ekskavasi bermula pada hujung lalu, namun penyelamat kini terpaksa menggunakan bahan peledak bagi memecahkan dinding batu setebal empat meter.

Iklan

Walaupun tiada petunjuk bahawa Julen masih hidup, operasi menyelamat tetap diteruskan.

Pegawai enggan mengulas sama ada Julen mampu terselamat selepas jatuh dari ketinggian tersebut.

Media Sepanyol melaporkan, ibu bapa Julen pernah kehilangan seorang anak berusia tiga tahun pada 2017 akibat komplikasi jantung. - Agensi