Akar umbi Pas tiada masalah Bersatu sertai MN

Iklan
Takiyuddin Hassan

PUTRAJAYA - Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan memaklumkan bahawa akar umbi parti itu menerima idea penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam Muafakat Nasional.

Beliau berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengajak Bersatu menyertai Muafakat Nasional secara rasmi.

Iklan
Iklan

"Oleh itu, tidak timbul soal akar umbi Pas tidak bersetuju (dengan idea penyertaan Bersatu ke dalam MN). Malah saya sendiri dapat mengesahkan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Presiden Pas menandatangani surat jemputan Bersatu menyertai MN secara rasmi.

ARTIKEL BERJKAITAN: Bersatu sertai Muafakat Nasional sebagai 'satu gabungan besar'

Iklan

Tiada sebab khianat parti sendiri, kata Muhyiddin

Akar umbi UMNO kurang setuju Bersatu sertai Muafakat Nasional

Iklan

"Surat berkenaan juga telah dihantar kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagi Pas, akar umbi menerima, tidak ada masalah," katanya kepada pemberita selepas Majis Serah Watikah Pelantikan Persuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) di sini hari ini.

Muhyiddin pada Sabtu lalu berkata, Majlis Tertinggi parti itu bersetuju untuk menyertai MN dan percaya bahawa penyertaan dalam gabungan itu merupakan pilihan terbaik untuk parti kerana berada dalam satu jemaah besar yang menghimpunan parti-parti utama di negara ini.

Mengulas mengenai pendaftaran Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin berkata, Pas berada dalam jawatankuasa penaja bersama Bersatu.

"Pas ada, Bersatu ada, BN kena tanya BN... saya tidak pasti. Jawatankuasa penaja ini boleh (disertai) mana-mana parti. Lepas ditubuhkan (sebagai parti yang sah), ahli boleh masuk," katanya.

Semalam pada sidang akhbar di Parlimen, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof memaklumkan bahawa proses pendaftaran PN di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) sedang dilakukan.

Sementara itu, ditanya mengenai penyertaan Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Takiyuddin menjelaskan bahawa parti itu belum memutuskan untuk bertanding.

"Pas pernah bertanding, tapi untuk PRN ini belum diputuskan lagi," katanya.