Empat kenderaan berlanggar libatkan kerosakan RM17.13 juta

Iklan
Gambar menunjukkan kereta sport Porsche 911 yang terlibat dalam kemalangan di Gotthard Pass, Switzerland baru-baru ini. - Foto Facebook Rainier Johnson Supercars

ZURICH - Perlanggaran melibatkan tiga buah kenderaan berjenama mewah yang berharga mahal dan berkuasa tinggi kemungkinan sukar untuk dipercayai boleh berlaku.

Bagaimanapun, sebuah kenderaan rekreasi, sebuah kereta sport Bugatti Chiron dan Porsche 911 serta sebuah kenderaan wagon Mercedes-Benz C-Class masing-masing terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Gotthard Pass, Switzerland baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menurut laporan beberapa buah portal berita, kerosakan akibat kemalangan tersebut adalah berjumlah 3.7 juta francs (RM17.13 juta).

Kejadian itu berlaku apabila sebuah kenderaan rekreasi beroda tiga yang berfungsi seperti karavan dipandu perlahan.

Iklan

Bagaimanapun, pemandu kereta Bugatti dan Porsche tersebut yang berada di belakang Mercedes-Benz C-Class memutuskan untuk memotong kenderaan itu dan kemalangan pun berlaku.

Menurut portal berita MailOnline pada 15 Ogos lalu, Porsche tersebut melanggar Mercedes-Benz dan Bugatti kemudian merempuh kenderaan rekreasi itu.

Iklan

Sebuah penerbitan tempatan, 20 Minute menyatakan, seorang penumpang Mercedes-Benz itu mengalami kecederaan parah.

Gambar menunjukkan kereta sport Porsche 911 yang terlibat dalam kemalangan di Gotthard Pass, Switzerland baru-baru ini. - Foto Facebook Rainier Johnson Supercars