PRK Slim: Santharasekaran pilih kempen cara digital

Iklan
Santharasekaran ketika melawat Pusat Media PRK DUN Slim hari ini.

TANJUNG MALIM - Calon Bebas dengan logo buku, S Santharasekaran memilih untuk berkempen secara dalam talian sebagai salah satu alternatif bagi menarik hati pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Menurutnya, ketiadaan jentera yang membantu seperti dua calon lain tidak menghalangnya untuk terus berkempen dan mendengar pelbagai masalah yang diutarakan rakyat.

Iklan
Iklan

"Kempen digital sedikit sebanyak dapat membantu pengundi untuk mengenali saya. Video (kempen) disebarkan kepada ketua masyarakat dan persatuan di sini.

"Jika 10 orang menerima video ia akan dikongsi kepada 10 individu lain dan seterusnya. Saya gunakan empat bahasa agar mesra dan mudah difahami,” katanya ketika melawat Pusat Media Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim di Slim River, di sini hari ini.

Iklan

Santharasekaran berkata, medium pilihannya adalah aplikasi WhatsApp, Facebook dan Twitter.

Katanya, profesyennya sebagai guru sedikit sebanyak dapat membantu pengundi mengenalinya menerusi kempen secara bersemuka.

Iklan

"Saya lebih fokus di kawasan pedalaman. Minggu ni saya melawat di kawasan timur Slim kemudian baru tertumpu di kawasan Besout pula minggu depan.

"Ramai kenal saya kerana saya guru. Anak murid saya ramai dalam kalangan penduduk di sini begitu juga dengan anak-anak dan ibu bapa orang asli. Penerimaan mereka sangat baik,” katanya.