Neelofa letak jawatan pengarah AirAsia

Iklan
Neelofa - Foto internet

AIRASIA Bhd hari ini mengumumkan aktres dan pengacara TV, Noor Neelofa Mohd Noor meletak jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya.

AirAsia dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, syarikat itu menerima notis peletakan jawatan bertarikh 17 Ogos 2020, daripada Neelofa pada 19 Ogos 2020.

Iklan
Iklan

Menurut syarikat itu Neelofa menyatakan 'komitmen peribadi lain' sebagai alasan bagi peletakan jawatan beliau.

Neelofa, 31, dilantik menganggotai lembaga pengarah AirAsia pada 8 Disember 2017. - Bernama

Iklan
Iklan