Pembahagian kerusi di Selangor selepas pendaftaran PN

Iklan
Abdul Rashid (tengah) pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Persidangan Bahagian Bersatu Negeri Selangor dan Majlis Ramah Mesra bersama Calon-calon Pemilihan Bersatu Penggal 2019-2022 di Hotel Wyndham Acmar, Klang hari ini.

KLANG - Pembahagian kerusi di Selangor untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diputuskan selepas pendaftaran Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, buat masa ini pihaknya masih menunggu kelulusan pendaftaran PN.

Iklan
Iklan

"Pembahagian kerusi akan diputuskan selepas pendaftaran PN, selepas kelulusan diberi barulah kita akan duduk bersama dengan parti-parti komponen untuk berbincang tentang pengagihan kerusi.

"Pada masa sama di peringkat nasional, kita telah ada jawatankuasa teknikal oleh semua parti untuk memulakan perbincangan tetapi ia masih di peringkat awal," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Persidangan Bahagian Bersatu Negeri Selangor dan Majlis Ramah Mesra bersama Colon-calon Pemilihan Bersatu Penggal 2019 – 2022 di Hotel Wyndham Acmar, di sini hari ini.

Katanya, ketika ini juga semua pihak agak sibuk dengan pelbagai pilihan raya.

Iklan

"Masa ini kita agak sibuk dengan Pilihanraya Kecil (PRK) Slim River dan Pilihanraya Negeri (PRN) di Sabah, jadi perkara ini akan ditunda," katanya.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai kemasukan Bersatu dalam Muafakat Nasional, katanya Bersatu dipelawa masuk ke dalam Muafakat Nasional.

"Kita mengambil masa yang agak panjang juga untuk memikirkan sama ada untuk menyertai atau sebaliknya.

"Mesyuarat lepas Bersatu bersetuju untuk bersama Muafakat Nasional adalah kita sedang membincangkan tentang meminda piagam yang telah sedia ada antara Pas dan Umno apabila piagam siap nanti kita akan mengumumkan kemasukan rasmi dalam Muafakat Nasional," katanya.