Mydin komited ringankan beban rakyat

Iklan
Pelanggan perlu mengimbas kod QR untuk mendapatkan pelbagai ganjaran hebat yang ditawarkan Mydin sempena kempen itu. -Foto: Asril Aswandy Shukor

SEMPENA sambutan ulang tahunnya yang ke-63, rangkaian pemborong dan peruncit halal terkemuka Malaysia, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) akan menganjurkan kempen OHMYDIN! The Brand Festival bermula dari 20 Ogos sehingga 1 November ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin berkata, serentak dengan sambutan itu pasar raya berkenaan menawarkan pelbagai ganjaran hebat sehingga RM6.3 juta termasuk harga barangan serendah 63 sen.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Mydin yang cukup sinonim dengan harga yang rendah dan berpatutan menjanjikan tawaran istimewa sepanjang kempen ini untuk memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia mengatur perbelanjaan mereka.

"Dengan slogan utama"Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong!", Mydin tampil meringankan beban perbelanjaan rakyat dalam tempoh penularan koronavirus (Covid-19), sekali gus memberikan semula manfaat kepada masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Beliau berkata, kempen itu tidak dianjurkan sendirian sebaliknya turut mendapat kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan disokong oleh lebih 100 jenama produk terkemuka termasuk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS).

"Selain memberi sokongan kepada industri peruncitan yang terkesan akibat Covid-19, Mydin turut mengangkat kembali pemasaran produk buatan Malaysia selaras dengan agenda kerajaan melalui Kempen Beli Barangan Malaysia.

Iklan

"Mydin berharap kerjasama yang terjalin ini dapat membantu kelangsungan perniagaan pengusaha produk tempatan,” katanya.

Promosi hebat

Ameer berkata, Mydin sentiasa meraikan pelanggannya di seluruh negara dengan memberikan pelbagai promosi menarik untuk dinikmati sebagai menghargai sokongan mereka kepada pasar raya itu.

"Mydin akan mengadakan pelbagai promosi barangan dan aktiviti menarik untuk menambahkan kemeriahan sepanjang kempen ini berlangsung.

"Selain promosi berganda bagi pembelian barangan yang terlibat, Mydin juga menawarkan ganjaran bernilai lebih RM6.3 juta untuk direbut,” katanya.

Ameer optimis kempen yang dianjurkan Mydin itu menyokong Kempen Beli Barangan Malaysia selain membantu industri peruncitan negara. -Foto: Asril Aswandy Shukor

Beliau berkata, antara ganjaran yang ditawarkan ialah e-kupon bernilai lebih RM10,000 bagi menebus harga promosi barangan berbeza pada setiap minggu.

"Pelanggan berpeluang merebut hadiah utama iaitu kereta Perodua Myvi.

"Sementara 15 pelanggan bertuah pula berpeluang memenangi baucar tunai Mydin bernilai RM500 pada setiap bulan selama enam bulan,” katanya.

Katanya, untuk mendapatkan ganjaran di Mydin Shopee, e-kupon bernilai RM10,000 dan promosi di Mydin, pelanggan perlu mengimbas kod QR yang terdapat di sekitar cawangan MYDIN di seluruh negara.

Tampil kelainan

Ameer berkata, Mydin turut menampilkan kelainan untuk meraikan sambutan ulang tahunnya pada tahun ini.

Menurutnya, rakyat Malaysia berpeluang merebut harga lebih rendah dan ganjaran menarik melalui program siaran langsung OHMYDIN! yang akan bersiaran secara langsung di saluran eksklusif TV3 pada 20 Ogos ini selama 90 minit bermula jam 2 petang

"Program televisyen OHMYDIN! ini menjanjikan pelbagai program hebat, persembahan dan ‘game show’ yang menghiburkan.

"Ia diadakan bersama barisan artis seperti Elly Mazlein, Issey, Achey, Siti Nordiana, Diana Danielle, Dayana Roza, Black, Chef Naem, Chef Nik Michael dan Hazama selain jenama produk terkenal seperti Mamee, Nestle dan P&G,” katanya.

Selain berbelanja sambil berhibur, beliau berkata, Mydin menerusi Mydin Prihatin juga akan memberikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan kepada 15 badan kebajikan berdaftar yang memerlukan.

Ameer menunjukkan produk IKS yang menawarkan penjimatan pada harga berpatutan di pasar raya Mydin. -Foto: Asril Aswandy Shukor

Jelasnya, Mydin Prihatin merupakan dana yang dikumpul bagi menjalankan program tanggungjawab sosial korporat untuk membantu golongan yang memerlukan.

Barangan serendah 63 sen

Bagi mengukuhkan segmen digital, Ameer berkata, Mydin turut bekerjasama dengan Shopee dalam usaha menawarkan penjimatanbesar kepada pelanggan menerusi Shocking Sale Mydin Shopee sepanjang kempen itu.

"Sepanjang siaran langsung OHMYDIN! selama 90 minit itu secara eksklusif di TV3, pelanggan boleh membeli-belah barangan yang dijual pada harga serendah 63 sen.

"Pelbagai jenama barangan ditawarkan dan mereka boleh membeli barangan berkenaan melalui platform Shopee dengan mengimbas kod QR yang tertera sepanjang siaran berlangsung. Penghantaran percuma akan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan,” katanya.

Ameer berkata, rakyat Malaysia juga berpeluang membeli lebih dari 500 produk pelbagai jenama yang terdapat di Mydin melalui platform Shopee sepanjang 20 Ogos.

Bagi memberikan kelainan kepada pelanggannya, beliau berkata, Mydin juga mengadakan harga serendah 63 sen di seluruh pasar rayanya bermula 20 Ogos hingga 23 Ogos 2020 terutamanya melibatkan barangan segar.

"Mydin menawarkan harga 63 sen untuk satu kilogram (kg) bagi beberapa barangan yang terpilih seperti bawang, timun, anggur, mi kuning, sawi hijau, ayam.

"Mereka boleh mendapatkan barangan ini di semua cawangan Mydin dan melalui platform Mydin Online, Mydin EXPRESS,” katanya.

Katanya, rakyat Malaysia khususnya pelanggan Mydin perlu mengambil peluang merebut segala penjimatan dan ganjaran yang ditawarkan sepanjang kempen berkenaan.

"Melalui kempen ini, Mydin berharap masyarakat dapat berbelanja dan menghidupkan kembali industri peruncitan yang turut terkesan akibat penularan pandemik Covid-19.

"Mydin memahami situasi yang dihadapi oleh masyarakat khususnya golongan B40 yang berdepan dengan bebanan kewangan namun tetap perlu berbelanja barang keperluan harian, kami tampil dengan penjimatan yang berganda bagi masyarakat mengatur perbelanjaan mereka,” katanya.

Diskaun sehingga 50 peratus

Ameer berkata, untuk menikmati pelbagai diskaun dan ganjaran menarik sepanjang 10 minggu kempen itu berlangsung, pelanggan perlu mengimbas kod QR yang disediakan Mydin.

Ameer -Foto: Asril Aswandy Shukor

"Kami menawarkan potongan harga barangan antara 30 hingga 50 peratus pada setiap minggu dan barangan tertentu dan terpilih.

"Setiap minggu, kami menawarkan diskaun harga pada setiap barangan yang berlainan,” katanya.

Katanya, bagi menghargai pelanggan berbelanja di semua cawangan Mydin di seluruh negara, pelanggan juga boleh merebut barangan promosi dan ganjaran hebat melalui platform dalam talian.

"Pelanggan juga boleh membeli e-baucar tunai Mydin bernilai RM100 pada hanya RM90 dan e-baucar RM50 pada harga RM47.50 di platform Shopee,” katanya.

Menariknya, MYDIN juga menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada mereka yang berbelanja RM63 ke atas dengan menggunakan kad debit di cawangan Mydin seluruh negara bermula 20 Ogos sehingga 31 Disember 2020.

"Pelanggan layak memenangi hadiah dan baucar tunai Mydin bernilai RM640,000 termasuk tiga kereta Proton X70 Executive 2WD.

"Melalui skim e-Penjana pula, pelanggan yang menggunakan e-dompet seperti Shopee Pay, Zapp dan Boost juga mendapat rebat tunai menarik sepanjang kempen ini berlangsung,” katanya.

Selain itu, jelasnya, pelanggan juga layak memenangi pelbagai hadiah yang mana seramai enam pelanggan layak menerima baucar RM1,000 selama 24 bulan dan enam pelanggan layak menerima baucar RM700 selama 12 bulan.

"Seramai enam pelanggan juga layak menerima baucar RM500 selama 12 bulan dan 33 pelanggan bertuah akan mendapat baucar RM150 selama 19 minggu,” katanya.