Vierge mahu cabar kedudukan podium

Iklan
Aksi Xavi pada GP Austria minggu lalu. - Foto Petronas SIC

PELUMBA Moto2 Petronas SRT, Xavi Vierge berhasrat untuk mencabar kedudukan podium pada Grand Prix (GP) Styria di Litar Red Bull Ring, hujung minggu ini.

Menurut pelumba Sepanyol berusia 23 tahun itu, dia perlu memulakan perlumbaan kali ini pada kedudukan di barisan hadapan sekiranya mahu merealisasikan hasrat berkenaan.

Iklan
Iklan

Justeru Vierge berkata, dia akan memberikan tumpuan pada sesi kelayakan untuk berada pada kedudukan yang terbaik.

"Bagi saya permulaan yang baik adalah kunci kepada keputusan yang baik; namun kami masih perlu memberikan tumpuan kepada sesi kelayakan bagi merebut kedudukan terbaik pada perlumbaan nanti.

Iklan

"Kami menunjukkan progress yang baik minggu lalu dan saya berharap agar ia (progress) dapat diteruskan minggu ini dengan memanfaatkan kelebihan berlumba di litar yang sama,” katanya.

Untuk rekod, Vierge sekadar menamatkan perlumbaan pada kedudukan kelima sempena GP Austria di litar sama, minggu lalu

Iklan

Sementara itu rakan sepasukannya, Jake Dixon berkata, beraksi di litar sama minggu ini diharap dapat dimanfaatkan oleh semua pelumba.

Dixon yang menamatkan perlumbaan di GP Australia pada kedudukan keempat belas minggu lalu katanya, turut mendedahkan pasukannya (Petronas Yamaha SRT) telah pun merangka pelan bagi mengharungi perlumbaan berkenaan.

"Kami telah merangka pelan untuk perlumbaan kali ini. Kami ada data-data mengenai litar ini dan kami telah pun merangka plan untuk sekali lagi mencatatkan progress yang baik pada perlumbaan kali ini,” katanya.

Kedua-dua pelumba Moto2 berkenaan dijangka memulakan perlumbaan 25 pusingan Ahad ini mulai 12.20 tengah hari waktu tempatan (6.20 waktu Malaysia).