Pulut pagi kelate RM1

Iklan
Rokiah menjual pulut pagi kelate dengan harga RM1.

TUMPAT - Jangan terkejut jika berkunjung ke daerah ini masih ada pulut pagi kelate dijual dengan harga RM1.

Tatkala kos bahan mentah meningkat saban tahun tetapi peniaga di Pasar Besar Chabang Empat masih lagi menjual dengan harga serendah itu sejak 23 tahun lalu.

Iklan
Iklan

Bukan pulut pagi kelate sahaja, tetapi aneka kuih-muih lain pun dijual murah.

Peniaga, Rokiah Che Husien, 63, berkata, meskipun beras pulut, kelapa, gula melaka naik harga tetapi dia masih mengekalkan harga RM1.

Iklan

"Kalau mahu tambah kacang merah bersama pulut saya caj RM1 lagi.

"Tahun lepas masih jual pulut pagi campur kacang merah RM1, tetapi tahun ini tak dapat sebabnya kacang merah mahal, RM7 sekilogram dan merebusnya ambil masa 5 hingga 6 jam," katanya.

Iklan

Menurutnya, dia merebus kacang merah dengan kayu api kerana ia lebih jimat dan dapat menjualnya dengan harga murah kepada pelanggan.

Katanya, dia juga menjual laksa dan laksam dengan harga RM1 sebungkus walaupun ikan mahal sekarang ini.

Siti Zubaidah menunjukkan aneka jenis kuih yang masih dijual RM1.


Manakala peniaga, Siti Zubaidah Awang, 53, berkata, kuih yang menggunakan telur dan pulut seperti pulut kaya dan sri muka juga dijual dengan harga RM1.

"Kalau pulut kaya saya jual dua keping seringgit, seri muka dan kuih muih lain dijual empat keping seringgit.

"Tak naikkan harga tetapi memandangkan kos bahan mentah meningkat, saya kecilkan saiz," katanya.