Pupuk semangat cinta negara kalangan pelajar

Iklan
Zulkifly (kiri) melancarkan program Bulan Kebangsaan di SMK Dato Penggawa Barat, Pontian.

PONTIAN - Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pontian melancarkan program Bulan Kebangsaan bertujuan memupuk semangat cintakan negara dan menghayati nilai kemerdekaan.

Pegawai Daerah Pontian, Zulkifly Mohd Tahir berharap pihak sekolah memperbanyakkan aktiviti sempena Sambutan Bulan Kebangsaan bagi memberi peluang kepada pelajar menunjukkan semangat patriotik.

Iklan
Iklan

Katanya, sebagai golongan yang paling dekat dengan pelajar, guru memainkan peranan menyemai semangat sayang dan cinta kepada negara.

"Rukun Negara juga perlu dihayati di sekolah supaya menjadi ingatan kepada semua pihak mengenai teras utama kepada perpaduan di negara ini sejak 50 tahun lalu," katanya di Dewan Sri Gemilang, Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Dato Penggawa Barat, di sini baru- baru ini.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu Zulkifly berharap masyarakat mengibarkan Jalur Gemilang dan berharap tiada insiden yang akan mencemarkan sambutan bulan kemerdekaan di daerah ini.