300 ahli Bersatu Pokok Sena keluar parti
Iklan
Sebahagian ahli Bersatu Pokok Sena yang mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta.
POKOK SENA - Seramai 300 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pokok Sena mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta merta semalam.
Bekas Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pokok Sena, Mohd Tazidi Awang Kechik berkata, kesemua ahli itu adalah daripada 11 cawangan di bahagian berkenaan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, tindakan itu dibuat kerana mereka kecewa dengan pucuk kepimpinan Bersatu hari ini yang sudah jauh tersasar daripada matlamat awal penubuhan parti yang bertujuan untuk menjatuhkan parti Barisan Nasional (BN).
"Kepimpinan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu hari ini juga turut mengkhianati mandat rakyat yang diberikan semasa pilihan raya yang lalu," katanya ketika ditemui di Dewan Sri Tanjung di sini.
Iklan
Beliau berkata, mereka juga sebulat suara bersetuju untuk menyokong Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkan oleh bekas Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya yakin setelah proses penubuhan parti Pejuang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), lebih ramai ahli bahagian ini akan mengikut jejak langkah kami," katanya.
Iklan
Sementara itu, bekas Timbalan Pengerusi Bersatu Kedah, Mejar (B) Anuar Abdul Hamid berkata, gelombang perubahan kepimpinan Bersatu sudah dirasai di banyak bahagian di Kedah hingga menyebabkan pihaknya mendapat banyak undangan untuk turun bagi menemui bekas ahli Bersatu yang kecewa.
"Gelombang itu akan memberi tamparan hebat kepada kepimpinan Bersatu hari ini selepas ramai ahlinya mula berhijrah.
"Kita akan teruskan perjuangan melalui wadah baharu, Pejuang yang akan berjuang untuk rakyat bukan untuk diri sendiri," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam